Wednesday, 25 September 2013

Interview =))

Assalammualaikum 

Alhamdulillah. Syukur. 21/09/2013 (sabtu) aku selesai menjalani temuduga seni lukis dan seni reka uitm. ALHAMDULILLAH :)

So here. Aku nak share pengalaman aku sebagaimana aku dok google sana sini baca blog orang utk kaji apakah bagaimana dimana dan bla2 tentang interview ini. Okay go! Hehehe.

Ceritanya begini......

Pada petang jumaat yg panas. Aku dok santai depan tv sambil menonton spongebob. Suddenly, dapat sms dari UiTM suruh semak keputusan utk pggln temuduga. Perasaan aku? ALLAH saja yg tahu. And bila aku cek. Alhamdulillah. First word yg aku nampak "TAHNIAH" and I'm just smile then started crying. Bersyukur teramat dengan hal tu. Lokasi temuduga aku UiTM Segamat, Oklah tuu. Just a stone throw from Tangkak. Selama seminggu aku bagai nak "mereng" dok ke sana ke sini for settlekan apa yg patut. Usaha usaha usaha! Yayy! Fighting! Study pasal course ni jangan lupa. Prepare macam2 utk benteng diri sendiri. Kikiki.

AND NOW! The DAY! Wehuuuuu. Begitu tak tenteramnya hati aku. Pk dan pk dan pk. Sepanjang perjalanan aku, aku dok diam dlm kerata istifar selawat zikir utk tenangkan diri dan nak pupuk keyakinan pada diri.  Sampai saje kt uitm segamat around 7.20 am gitu. So, aku dok perhati gelagat calon2 lain. Then, jam 8.40am kot, ada org pggl suruh calon masuk dlm bilik. Akupun masuk bersama senjata aku. Sebelum tu, salam peluk cium mama ayah dan akak tercinta! Hee. Masa dlm bilik tu, dia pggl nama sorang sorang then isi borang apa yg patut. Dia akan terangkan dari A to Z. So, cuma perlu ikut arahan je. Tak lama lepastu dia bahagikan kepada beberapa group and masa utk melukis selama 1jam! Ok, apa yg ada kt depan aku cuma kerusi dan kain. kain kotak2 macam alas meja diletak cantik dgn lipatan2 ala ala terjurai kt atas kerusi. Amekaww! LUKIS. Akupun melukis, Alhamdulillah. Part 1 selesai =)

PART2 here we go. Vroom vroom! Hehehe. Kami diarahkan utk kumpul kt satu bilik yg sama dengan bawak lukisan tadi. Opss! Lupa. Dia cuma izinkan guna pensel 2B sahaja utk melukis dan shading. Then, Abg tu pun terangkan about interview. Masa aku bebas. Siapa yg nak interview dulu boleh mula dulu. Aku merupakan orang ke 6 tak silap aku sbb aku sendiri yg nak. Biar cepat settle. Hehehe.  Seramai 10 orang di arahkan utk ikut abg tu ke bilik yg lain. 

INTERVIEW TIME!
firstly, ada seorang lelaki cek dokumen aku lengkap atau tak. And dia tengok results spm aku. Bila dia dok belek2 results dan dokumen lalu dia berkata "tahniah" . Senyum manis je aku. Then, pergi berjumpa dengan abg yg no2. Haa, part dia lahh yg cek lukisan tanya apa semua. So, bermulalah kisah ini.
jeng3 ~

Me : *hulur lukisan dan dokumen apa yg perlu*
He : *dok belek2 lalu berkata* kenapa kecil sangat awak lukis? patut besar sikit.
Me : *ngingai*
He : Awak minat grafik design? Apa yg awak faham tentang course tu?
Me : akupun jawab apa yg tahu jelahhhh.
He : *senyum sambil angguk2* Grafik design guna software apa?
Me : *ALLAH! AKU TAKTAHUUUU!* Ermm. Maafkan saya. Saya taktahu. *aku belum habis cakap dia da mencelah. ciss!*
He : Kalau awak taktahu macam mana nak belajar?
Me : Kalau saya tak belajar, mmg saya taktahu seperti melukis. Andai saya tak belajar. Saya takkan tahu basic sebenar melukis. Saya kena berani mencuba, baru saya tahu kemampuan saya. Yg penting berani mencuba. *fuhh, dengan semangat aku cakap lalu senyumm =)*
He : *muka macam nak gelak tp cover* Kalau awak tak dapat uitm macam mana?
Me : Saya harap sgt saya dapat sbb ini sahaja tawaran yg saya dapat dan saya amat minat melukis
He : Kesian. *muka sakat*. Hm, Siapa cikgu yg ajar awak seni? Dulu sekolah mana? Dari mana?
Me : Cikgu haniza. *akupun jwb jela*
He : Ohh, cikgu haniza! *dia berbisik dengan abg yg sebelah* Okk.
Me : Ok, ini lukisan yg saya hasilkan. *hulur folio aku*
He : Saya tengok folio awak. Awak lebih kepada seni reka industri. Awak berminat tak?
Me : Maafkan saya, boleh terangkan tntg course tu?
He : course ni design kereta, jam, hp dan bla3.
Me : Ooooo. Ok sahaja. InsyaAllah kalau saya belajar, Saya boleh usahakan. 
He : Okay. Doa banyak2 ya. 

Hmmm. Ini yg aku ringkaskan. So, aku harap korang doakan aku ya. Dengan sedikit pengalaman aku harap dapat membantu korang kelak. 

GOOD LUCK utk AKU dan KORANG !

Kita da usaha. Jangan lupa doa dan juga tawakal. Yang penting, jangan GIVE UP dan  JANGAN MENGELUH. SABAR itu kunci segalanya.
Berserah pada ALLAH.
InsyaALLAH


Byeee =)

--- TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU AKU FOR THIS INTERVIEW. Hanya ALLAH sahaja yg dapat membalas jasa korang.
terima kasih

...

maaf andai ada terkasar bahasa

0 comments:

Post a Comment